PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, February 25, 2013

Melahirkanmu Zaumar Afif

Rabu (15 Ogos 2012)

Ibu di ofis masa ni. Mengandungkan Zaumar dah 38 minggu, menunggu masa nak jumpa anak ibu. Ibu ke toilet, masa dalam toilet jantung ibu macam nak luruh, kenapa ada spotting darah? Tapi sikit je, Ibu cuba tenangkan diri, Zaumar tahu, masa tu perasaan ibu happy, campur berdebar campur risau, campur excited, sebab ibu tahu dah tak lama dah ibu dapat tengok anak ibu yang selama ni dalam rahim ibu..

Ibu call abah, abah terkejut, and rushing balik bawak ibu ke klinik. (Hehehe...abah Zaumar sangat penyayang tau,bertuah sangat kita dapat hidup dengan abah.) Masa kat klinik Dr cek bukaan baru 1 cm. So Dr cakap kalau belum rasa sakit dan air ketuban belum pecah takes time untuk Zaumar dilahirkan. So Ibu ngan Abah cool semula.:)

Malam. Ibu tak dapat tidur lena.Ibu asyik bayangkan anak ibu yang akan ibu lahirkan tak lama lagi ni. Abah? Hahaha..kroohh...kroohhh...sampai pagi.

Khamis (16 Ogos 2012)

Abah nak pegi kerja dia pesan kat ibu kalau darah still keluar bagitau dia. Sebab pagi tu darah dah takde. So it was called a false alarm. Tengahari abah call (risau sangat dia sebenarnya abah yang tak sabar-sabar nak jumpa Zaumar) ibu cakap darah ada sikit-sikit.

Sampai ke petang darah still keluar constantly, so Ibu bagitahu Abah dan Abah rushing balik bawak ibu balik ke kampung.(Itulah plannye sayang, Ibu akan check kejap kat Hospital Kuala Pilah then balik ke kampung rumah Wan Atuk sampai tiba masa) but what actually happened is, Ibu was admitted!! Bukaan still 1cm without pain.

Malam, spotting darah tetap ada. Tapi ibu takde rasa sakit langsung cuma Zaumar asyik mengeras kat dalam. (Sayang Ibu, rupanya itu tanda sayang dah nak lihat dunia tau). Dr datang check bukaan still 1cm, Abah dah balik rumah wan dan atuk so Ibu and Zaumar-in-womb berdua je kat wad.

Jumaat (17 Ogos 2012)

Dari pagi darah still ada, Dr asyik datang dan tanya "Puan ada rasa sakit tak?" Ya Allah, sayang, Ibu takde rasa sakit langsung, Alhamdulillah! Wan Acik datang, Wan Atuk Zaumar datang tengok Ibu masa tengah warded tu, Wan Atuk Kedah tak dapat datang sebab masa tu kan sibuk nak raya, anak ibu pun sibuk nak sambut raya kan?Hihihi....

Petang. Bukaan baru 2cm, sorang Dr bgtahu ibu dia nak cepatkan bukaan. Masa tu Ya Allah, sakitnya Tuhan je yang tahu tapi Ibu tahan sebab Ibu tahu sakit bersalin berjuta kali ganda sakit ini. So, masa tu bukaan 3cm.

Malam. Dr datang kat Ibu, dia inform kalau malam ni still xde rasa sakit, esok pagi at 6 in the morning Dr akan pecahkan ketuban (Which mean Ibu akan jumpa Zaumar esok!!!) Perasaan ibu? EXCITED.NERVOUS.CAN'T WAIT.

Tengah Malam. Ibu tak lena tidur memikirkan Ibu tak sabar nak jumpa Zaumar! Pejam mata, buka mata, 1 pagi. Pejam mata, buka mata, 1.30 pagi. Nurse datang buat CTG nak check jantung Zaumar, she said everything is ok for tomorrow. Ibu pejam mata lagi,buka mata, 3 pagi. Last Ibu terlelap, Nurse datang pukul 5 pagi kejutkan Ibu untuk siap-siap mandi dan makan. IBU NERVOUS SAYANG!!! So Ibu cepat-cepat call Abah bgtahu yg Ibu dah nak masuk labour room pukul 6 pagi.

Sabtu (18 Ogos 2012)

5.45 pagi, Abah sampai. Muka Abah lagi nervous dari Ibu. Hihihi...Ibu borak dengan abah sampai Nurse datang dan tolak Ibu ke labour room.

Labour Room at 6 am. Dr pelath baru bangun tidur. OH YA ALLAH!!Ibu tak putus-putus baca doa Nabi Yunus. Dalam tu doa Ibu cuma satu, selamatkan Zaumar Afif walau apa pun yang berlaku. Around 6.40 to 6.50 am Dr pecahkan ketuban, tapi sayang, Ibu still tak sakit. Dr asyik pesan jangan meneran kalau rasa nak meneran, tapi ibu tak rasa apa-apa sampai pukul 10 pagi. Dr check bukaan Ibu baru 4cm without pain at all!

Around 11 am, Ibu kena induce. Masa tu sayang, baru Ibu tahu rasa sakit nak bersalin. Sakit yang tak dapat ibu gambarkan, sakit yang Ibu dah tak mampu nak tersenyum dan cakap apa-apa dengan Abah melainkan hanya keluarkan air mata. Sakit yang buatkan Ibu insaf dengan segala dosa dan kesilapan Ibu selama Wan Zaumar melahirkan dan membesarkan Ibu. Sakit yang hanya perempuan dapat merasainya sayang.

Sampai dah pukul 3 petang, bukaan tetap 4 cm, Zaumar kat dalam dah mula letih. Abah dah berkali-kali dipanggil ke Labour Room jumpa ibu, sekali lagi Ibu di induced. Masa tu Ibu tak henti-henti cakap dengan Zaumar bila Zaumar nak keluar jumpa Ibu? Ibu tak sabar-sabar nak jumpa Zaumar.

3.45 petang, Abah dipanggil masuk. Dr pakar datang tengok CTG Zaumar dah makin lemah. Dr cakap dengan Ibu, kena segera buat operation. Ibu menangis!!Ibu risau, Ibu takut, Ibu sedih! Kenapa?Sebab Ibu takut,risau,sedih jika apa-apa berlaku kat anak ibu! Abah kena sign form, Ibu sign form, then terus Ibu ditolak ke Operation Theatre. Tp Pakar kat OT sangat membantu, Ibu jadi tenang masa dalam tu.

Dibius separuh badan, Ibu dapat rasa badan Ibu bergerak-gerak masa pembedahan dijalankan sayang. Tak putus-putus doa Ibu kepada Allah untuk Zaumar.

Subhanallah!Alhamdulillah!Allahuakbar!! Tepat pukul 4.44 petang, Ibu dapat dengar suara anak Ibu yang selama ni hanya dengar suara Ibu. Kuat! 2.73 kg, 53 cm. Dr tunjukkan jantina Zaumar. Boy! Nurse letakkan Zaumar atas dada Ibu, Zaumar terus tertidur.

Masyaallah, betapa hebatnya kuasa Allah yang menjadikan kita sayang, Zaumar kini dah berada di alam dunia meninggalkan alam rahim. Tapi sayang sentiasa ingat alam dunia sangat banyak cabarannya. Sedangkan Ibu selama hampir 29 tahun hidup di dunia tak putus-putus melakukan dosa walau sentiasa cuba membaiki diri. Sayang Ibu, jadilah seorang Hamba Allah yang beriman, anak yang soleh, dan sentiasa tegakkan agamamu sayang.

Seiring makna namamu, Zaumar Afif Bin Muamar Gadaffi
Zaumar --> Anak yang Baik
Afif --> Menjauhi perkara buruk

Isnin (25 Feb 2013)

Coretan ini untukmu Zaumar dari Ibu. Zaumar dah 6 bulan di alam dunia. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.

Ibu dan Abah sangat sayangkan Zaumar Afif!!

Zaumar Afif 32 weeks in Ibu's womb
Few minutes after delivery

3rd Day
Going Home

Zaumar's 2nd Day
1st Day of Hari Raya Aidilfitri
Zaumar dalam pantang
Zaumar dalam pantang

Zaumar 4 bulan

Dengan Ibu dan Abah

Dengan Ibu
Ooooo....

With Ibuuuuu......

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

klik my ADs