PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, December 14, 2010

hidup aku mesti terus...

Date:14 Dec 2010
Time:3.42pm
Venue:Dalam bilik no 3 kat Jalan Gurami 17/29,Seksyen 17,Shah Alam.

Assalamualaikum...rasanya dah lama sesangat aku x update blog ni..nasib baik la still ingat password sbb secara tiba2 tadi hati ni terpanggil nak bukak balik blog ni n write something...
Tup tap..tup tap...dah nak abis tahun 2010...rasa mcm sekejap sgt2 setiap tahun berlalu...Alhamdulillah aku akhirnya temui hidup aku dan akhirnya aku berjumpa bahagiaku..adusss....tiba2 teremo pulak..ya lah,tak lama lagi aku dah nak kawin,akan menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang sangat aku chentai...huhuwaaa......

Tiba-tiba nak bercakap kejap soal jodoh ni....My story..............

1) Masa tingkatan 3, aku kenal dengan sorang budak lelaki ni kat kampung aku...masa tu aku selalu kat kampung..tolong Wan n arwah Atuk jaga kedai pam minyak kampung tu...so aku dengan my beloved cousin (sedih sgt sbb skarang ni mcm dah kontek sgt) Nisyah,anak Paklong, duduk ngan Wan Atuk jaga la Kedai Minyak tu...budak lelaki tu yang bernama Apit selalu naik motor ngan kawan2 dia (yang aku still ingat-->Paly,Amir,Are-a..and sapa ntah sorg lg budak depan umah Wan) suka lalu depan kedai n press2 minyak motor masing...hahaha....Kami mula berkenalan, tukar-tukar biodata..(zaman dulu kan suka tulis biodata..) Si Paly tu ngorat Nisyah..and Apit pulak "ka
wan baik" ngan aku...sebabnya..zaman dulu2,xpandai nak bercinta2 mcm budak2 zaman skang..aku dulu sangat pemalu..hihihi...
Kami berkawan baik,aku,Nisyah,Apit,Amir, dan Paly...kadang-kadang time Wan Atuk pg sembahyang terawih Paly kol umah cakap ngan Nisyah,pastu pass kat Apit then mintak cakap ngan aku...hihihi....nice time,sweet memories.
Balik ke Kedah, aku dgn Apit berbalas-balas surat. Turun bas sekolah terus lari ke rumah jenguk postbox ada x surat dari Apit...kalau ada,tersengih je masuk bilik kunci pintu n cepat2 nak balas surat...tapi,yg peliknya...kami berkawan sgt baik tanpa ada perkataan CINTA. Yang aku tahu,aku sayangkan dia sebagai kawan...aku rindukan dia sebagai kawan..bila di sekolah kawan-kawan bercakap pasal boyfriend masing-masing,aku cerita pasal Apit (kawan lelaki paling baik penah aku kenal)..Kami berbalas-balas surat sampai la aku masuk Kolej Matikulasi Pulau Pinang(KMPP)
Di KMPP,aku dapat rantai dari Apit,tapi aku xpenah tanya kenapa. Masa tu rasanya aku dah sikit matang la compare sekolah menengah tu kan..masa tu hati ni takut tapi happy sangat dapat rantai tu...tapi aku dan Apit still macam biasa,KAWAN.

2. After Matrik,aku di UiTM....baru dapat handphone NOKIA 3310, aku dan Apit selalu kontek guna phone,no more letters. Jumpa kawan-kawan baru, Roomate kat Cempaka 3, Juju,Ira dan Kak Iza..bila kawan-kawan tanya pasal boyfriend,masa tu aku still single..ewahh...mesti aku akan cakap pasal Apit (dia adalah lelaki yang paling baik pernah aku kenal) Masa tu Apit belajar kat seksyen berapa ntah. Masa Juju ajak aku teman dia blind date dengan suami dia sekarang,dia tinggal aku sorang-sorang kat PKNS,aku tepon Apit,Apit datang teman aku...hantar aku balik UiTM naik bas mini...Apit sangat baik...
Hari Raya Aidilfitri, akhirnya Apit sms aku satu malam tu nak declare dgn aku..masa tu happy sgt gila2 punya walaupun xpaham declare tu mcmana. Aku cakap "I do" wahahaha...konon2 laa...
but....after that, something happened. Aku mula rasa aku nak pergi jauh dari dia walaupun aku sangat2 sayangkan dia..Mama dapat tau,aku kena nasihat cukup2..."Bercinta macamana pun,Belajar kena leta
k no 1"....Belajar kena letak no 1,Belajar kena letak no 1...
Aku ambil keputusan, cuma nak BERKAWAN dengan Apit..hanya KAWAN. Apit?Aku tau dia marah,kecewa,sedih dan benci dengan aku,tapi,namanya Apit-->tak pernah sekalipun dia tunjuk yg dia marah,kecewa,sedih, dan bencikan aku...aku pergi....dia pergi...........

3. 1 tahun selepas itu....aku kenal sorang budak Biologi, satu Fakulti dengan aku. Mula berkenalan dengan dia, ada kawan lelaki sekelas dengan aku nasihatkan aku pasal dia. Warning aku yg dia dah ada girlfriend. So aku pun tahu batas aku..masa tu Budak tu yang aku namakan dia KA lah,mintak aku tolong dia dgn subjek Ekonomi (that is one of our minor subjects) sebab masa sem1, aku dah amik subjek tu. So masa jumpa tu dia mula cerita pasal awek dia yang merimaskan
, queen control n byklah yg teruk2..(as usual,aku jz dengar...sbb bg aku ms tu,he jz make that story up)..
Jarang berjumpa,kalau berjumpa pun jz utk study..tp dia ni mmg aku rasa Buaya terlatih ke apa..ada je benda2 sweet yg dia buat utk aku..but still, I know my limit. Sampai la satu hari tu, dia cerita kat aku, yg girlfriend dia tanya dia siapa aku..Aku pun mula la pelik,ape hal pulak aku terlibat sbb si KA ni memang ramai kawan pmpuan.apesal aku pulak?smpai la satu hari tu dia ada cakap kat aku yang dia memang suka kat aku dan dia dah lama putus dengan awek dia tu..tp aku sebenarnya adalah sorg yg sgt susah nk pecayakan lelaki, so si KA tu mcm2 lah dia buat..terus terang, KA tu xde lah seteruk mana.

4. Dipendekkan cerita, masa tu aku xberapa keruan lg sebab asik teringat Apit. Tapi masa tu ada Friendster,sebab Friendster lah aku dan Apit terus jarang kontek lagi. Aku tgk dia dah ada girlfren,comel,cantik,cun...nama Baby.hihihi so aku fikir,he deserves someone better than me. Betul,sebab bagi aku Apit adalah sorang lelaki yang baik. Berbalik pada si KA hampes tu, masa mula2 nak tackle aku tu...punya
aaa laaaaa baik...pijak semut pon tak mati..mulut manis toksah cakapla...maybe berpengalaman kot(hehe) Tapi,tahun pertama aku masih belum dapat btul sayangkan dia,masuk tahun kedua dan ketiga,bila aku tengok dan rasa sikap si KA tu sama dan xberubah,aku mula belajar sayangkan dia. Ya,aku belajar sayangkan dia..Sampai aku betul2 sayangkan dia, dia masih tak berubah. Jadi aku mula lupakan lelaki-lelaki lain dan bagiku, hanya dia sorang yang aku akan sayangi. Dah malas la cite pasal KA yg hampes ni...sbb dia jahat sgt..dayus (yes,dayus adalah perkataan untuk kau,KA) Kenapa?Aku dgn si KA dayus ni putus macam tu je. Ingat lagi masa aku dah mula rasa dia berubah, masa di
a Practical KPLI kat Yan, aku mintak nak bukak puasa dgn dia, dia boleh ckp nak blk Penang, pastu siap pinjam duit kat aku plak tu rupanya nk pg berdating dengan orang lain.
Banyak kali aku mintak putus, si KA ni bagi surat kat aku merayu-rayu..masa tu ialah hari Khamis malam,dia mintak aku jumpa dia siap menangis. Dia janji akan berubah. Fine. Week after that, hari Selasa..aku ke Uniten, dia tgh exam. Dia call aku sentiasa. Kononnya back to normal.Aku sangat bersyukur masa tu..ingat selama ni dia stress belajar ke ape. Selasa malam, still call, smpai Rabu pagi 2.00am, ada misscalled dari KA hampes tu, pukul 6.30 pg, 7.00 pg.8.30 pg smpai 11.00 pg aku call dia x angkat tp still ringing, kol 11.30 pg terus off handphone smpai ke hari ni. And guess what, I still remember everything until now.

5. Owh,lupa nak mention, Si Mangkuk tu dah kawin ye...alhamdulillah. Semoga dia bahagia. Ya,aku ikhlas,sebab walaupun dia tersangatla mangkuknya, dan sedikit dayus (apa la salahnya kalau dah tau or rasa nak putus ngn aku tu cakapla.."kita putus la ye"), tp aku fikir,selama 5 tahun kenal dengan dia, dia baik dengan aku. Jadi aku rasa dengan mendoakan kebahagiaan dia, mungkin dapat membalas kebaikan yang dia pernah buat untuk aku..so....KA!!!!kita 0-0 ok???hope bahagia la ye???:p

6. Rite, tu la cerita tragis aku..lepas aku dah xdengar kabar dari si KA tu, aku sebenarnya agak tertekan...tp xde sapa yg tau mcamana teruk aku tertekan masa tu..yg tau semua2 ialah kawan baik aku, Nurul Azlina Mat Nawi...masa tu,dia sanggup call aku setiap hari xkurang dari 1jam sebab masa tu aku di Kuala Nerang, dia di KL. Aku sebenarnya orang yg sangat secretive pasal perasaan diri sendiri. Sebab tu kawan-kawan kat tempat kerja aku cakap aku sangat tabah bila dalam keadaan mcmtu..padahal malam2 aku xdapat tido..bukan sebab rindu,tp aku tertanya2 kenapa dia sanggup buat mcmtu.
Then,macamana aku bangkit semula? Thanks to Edward Cullen aka Robert Pattinson, thanks to my BFF, Nurul Azlina, thanks to Twilight, New Moon, Eclipse, and Breaking Dawn. And thanks to my Celcom Broadband! But actually not those Twilight Saga that saves me..It is KIM HYUN JOONG!!!(ntah pape a
ku ni...hakikatnya, Allah SWT yang kurniakan ketenangan untuk aku supaya terus lupakan dia, sebab aku pasti yang terbaik masih menanti aku di masa hadapan) at that time la...masa tu,yes,i'm totally forget everything pasal si KA tu..Alhamdulillah..

7. Dalam tempoh aku tengah heal, Apit kawan baik aku tu kontek aku balik..actually masa aku dengan si KA tu memang ada gak Apit call tp jarang2 sebab dia pun dah ada girlfren,tapi lepas aku putus, aku dengar Apit pun dah putus dgn Baby tu...so kitorang kontek lg, tp Apit ada girlfren baru lg...aku happy sebab nampak dia happy..:) tapi,kenapa hati ni mcm xsuka sgt kt pmpuan itu ye??jeng..jeng..jeng....

8. Aku masih setia dengan Kim Hyun Joong...dan aku selalu chatting dan skyping dan YM dengan Apit...aku rindukan dia!!!rindukan zaman kami remaja dulu...tahun 2009,dalam bulan 10..aku di Uniten marking paper,kami berjumpa semula sebagai kawan..Tapi...kenapa aku ada perasaan itu lagi???sedangkan aku tahu dia dah lama lupakan aku....but still,Umi is Umi...cover perasaan adalah
bakat terpendamnya...Tapi, masa tu Apit ceritakan semua kisah2 dia,mcamana dia survive masa aku pergi dari dia (rupanya bakat terpendam dia iaitu sembunyikan perasaan lagi hebat dari aku)...aku menangis dalam hati. Betapa aku tidak tahu tentang perasaannya..Tapi aku masih sembunyikan perasaan aku terhadap dia..

9. Layan lagu Korea kumpulan DBSK-Why Did I Fall In Love With You?Itulah lagu aku dan Apit sebenarnya..maksud aku,bila baca translation lagu tu...Aku mula rasa yang Apit masih ada perasaan dengan aku..atau perasankah aku??perasan ke aku nii???

10. Hanya satu jalan bila hati,perasaan, dan fikiran mula tidak seimbang...Istikharah-mintalah petunjuk dari-Nya...
Allah Maha Besar...hati aku sangat kuat dengan Apit. Tersangat-sangat kuat. Aku di Langkawi bersama kawan baik aku Nurul Azlina, malam itu, Apit akhirnya berterus-terang dgn aku...Aku tersangat2la sebaknya..rasa mcm nk terjun je apartment Mara tu..di situlah bersambungnya kembali kasih yang pernah terputus....tapi bagi aku bersambungnya kasih itu kali ini,adalah yg lebih kuat dari sebelumnya..Dan biarlah selama-lamanya...Amin....
12Sept2010, aku bertunang dengan Muamar Gadaffi bin Salim AKA Apit... itulah yg dikatakan jodoh...Alhamdulillah...dan majlis kami akan berlangsung insyaallah pada 5 February 2011. Semoga aku memperoleh kebahagiaan yg tidak terhingga di dunia dan di akhirat..Amin...


**A special thanks to my beloved friend, Nurul Azlina Mat Nawi coz she's always been there for me especially when I'm in deep trouble. Sharing problems with u that only me and u know our stories really sparks me up..I pray for your happiness my dear friend, May Allah reward u a VERY KIND man that can protect u forever. Amin...


PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

klik my ADs