PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, December 9, 2011

Ke Arah Kedewasaan

09122011
Jumaat

Assalamualaikum..
Lama sungguh rasanya tak update blog ni. Bukan apa, lately rasanya sangat2 sibuk dengan kehidupan yang semakin mencabar, maklumlah usia dah makin meningkat dan makin banyak benda yang kena fikirkan dan sekarang pula bukan lagi masalah seorang dah berganda menjadi dua. Alhamdulillah, pada bulan Februari tahun ni aku dah selamat menjadi isteri yang sah kepada suami, Muamar Gadaffi bin Salim yang sangat penyayang, baik hati, comel, kacak,hensem, bergaya,tinggi, bermutu, berilmu, soleh, membimbing aku dengan baik, tak pemarah, dan macam-macam lagilah! Hehehe....Ni ada sikit gambar2 kahwin dua belah pihak.
tunggu nak makan...
Pak Qosyed and future wife, Nadiah

depan umah warisan

with beloved students...and sis yang lompat senget kepala tu..hihihi

bersanding

bride

kota marina

bride & groom

lagi kota marina

akad nikah, baju coklat,baba.

with besties, Syarifah Noorzatul Iqmar, Nurul Azlina Mat Nawi, Nor Salwani Saad

pengapit; kakak ipar, Siti Hajar Hashim,mama Arieq Iskandar

Alhamdulillah Allah SWT menganugerahkan aku seorang seperti dia, aku terlalu bersyukur. Dalam pada itu aku tahu aku sedang dalam proses peralihan fasa hidup ke arah kedewasaan. Perlu menjadi lebih matang dan lebih berhati-hati dalam segala keadaan.
Pada bulan Mac 2011 aku disahkan mengandung dan berita itu aku dan suami terima dengan penuh kesyukuran dan gembira. Tapi bila Mei tiba, dan Allah itu Maha Mengetahui, Maha Penyayang, aku diuji dengan keguguran awal kehamilan. Masa tu dah nak masuk 11 minggu usia kandungan. Aku pasrah, redha dan berserah. Belum ada rezekiku dengan suami walaupun sedih yang teramat sangat. Sekarang 100% perhatian pada anak buah yang seorang, Arieq Iskandar bin Badrus Izwan..hihihi...ni gambar dia..comel betul and nakal sangat2, dan sgt cerdik.
daddy,arieq and mama

arieq and yang

dadd,arieq and mama again

garangnye arieq....

arieq iskandar masa kecik


ala tomel

go picnic!

arieq n yang

Bulan Jun hari ke 13, dalam aku masih dalam kekecewaan dan kesedihan sebab keguguran, aku dibawa suami menunaikan Umrah di Mekah dan Madinah. Alhamdulillah, rezekiku untuk menjadi tetamu Allah di bumi barakah Mekah sangat2 membuatkan aku terpegun dengan Kekuasaan-Nya..mengimbau kembali sejarah Nabi2 kita,hmm....betul2 membuatkan aku sayu dan jatuh cinta dengan bumi itu...melangkah kaki ke Masjidil Haram, AllahuakbarMelihat Kaabah, Subhanallah... Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata, dan itu adalah tempat yang akan aku pergi lagi jika ada rezeki yang mencukupi, definitely, Madinah al-Munawwarah dan Mekah al-Muqarramah. Di bawah sedikit gambar perjalanan dan semasa menunaikan Umrah.

Dubai Airport yang sgt canggih

en suami

en suami dan sy

View dari dalam bilik boleh nampak  Masjid Nabawi, Madinah

Madinah

Masjid Nabawi, Subuh

Masjid Nabawi, last day di Madinah

Madinah

Jam Besar, Makkah

Pasar di sekitar Mekah

En Suami dah botak

Kaabah kiblatku

Masjidil Haram

No bilik

Inai Mekah

Perjalanan

Muzium

Tempat letaknya Hajarul Aswad

Ladang Unta

Padang Pasir

Susu Unta, rasanya x lemak sangat dan masin je sikit.

Di Jabal Rahmah

Ini la Jabal Rahmah, tempat pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa

Laut Merah, Jeddah

Hehehehehe...

Di Jeddah. Transit sebelum bertolak semula ke Dubai

Nice view with En Suami yg kepala sgt berkilat. hihihihi.....
Bercakap semula mengenai kedewasaan, rupanya semua manusia normal akan dengan sendirinya menjadi dewasa. Apa yang aku boleh katakan sekarang ialah salah satu petanda yang kita semakin dewasa adalah banyaknya masalah yang perlu dilalui. Semakin banyak keputusan yang perlu dibuat. Aku sendiri sedang dan telah melalui jalan-jalan yang bercabang dalam hidup aku. Keputusan yang dibuat bukan 100% betul tapi bila kita dapat menggunakan akal yang diberi, sentiasa ingat, setiap apa yang berlaku tidak pernah tidak ada hikmahnya. Cuma cepat atau lambat kita terlihat segala hikmah yang akan berlaku. Hidupku kini, juga bukan 100% gembira, tapi yang aku yakin adalah, aku ada Dia, aku hamba-Nya, Dia pasti tidak akan membiarkan aku terus-terusan menghadapi kekecewaan. Insyaallah. Amin.
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

klik my ADs