PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday, May 13, 2012

Gambar suka-suka je...

Assalamualaikum.....

Post ni saja suka-suka je..just nak share gambar-gambar aku tahun ni..hihi...baru-baru ni pegi Bandung. Best ke tak? Best dan tak best...tapi memang rasa nak pegi lagi la, sebab barang kat sana murah-murah sangat....
ni kat pasar baru

ngan incik suami

gumuknye saye...


incik Apit bagi sy ni sebab sy rajin belajar


love u abg....

jakarta....baby dalam puyut



pasar baru lagiiii.....

Hihihi.....

Tangkuban Parahu sejuuukkk.....

peruuuutttt......hihihi



Hihihi...puyut....


still active gunung berapi ni..tapi sejukk....



malam dinner...

tema putih cam nak p nikah plak...hihihi



nak balik dah....bye2....

Siapakah Dia?

6.55pm
Home Sweet Home

Siapakah dia? Apa punya tajuk tu? Malas sungguh rasanya Umi Azura nak update blog..kekadang tu banyak sangat benda nak tulis tapi kekangan masa yang buat malas sangat nak update. Hihi...:P

Sebenarnya this time nak menulis tentang seorang yang digelar SUAMI. Betul, setiap wanita yang telah melalui proses pernikahan bersama seorang lelaki, menerima mas kahwin dan akadnya sah bersaksi dan berwali maka wanita itu dikatakan telah mempunyai seorang SUAMI. Alhamdulillah aku pun telah setahun 4 bulan menjadi seorang isteri kepada seorang suami yang bagiku selayak-layaknya dia digelar suami...Alhamdulillah...Alhamdulillah....

Muamar Gadaffi Bin Salim, budak lelaki 16 tahun yang aku kenal ketika aku berumur 15 tahun, 13 tahun yang lalu...hihihi.....rupanya dialah yang menjadi suamiku sekarang...Aku sangat-sangat bersyukur dan tiada kata lagi yang dapat aku ungkapkan untuk describe lelaki atau suamiku ini...perghh...jiwang tuuuuu Umi Azura.....:)

Bulan ketiga lepas majlis kami,aku disahkan mengandung 2 bulan. Happy tersangat-sangat dalam masa yang sama x sabar nak tunggu baby...Tapi Allah telah tentukan segalanya, 3 bulan aku mengandung, doktor cakap aku akan gugur...Hmm...masa tu Allah je yang tau perasaan aku...sedih yang x dapat nak cerita kat orang...Tapi tu lah,kuasa Allah yang Maha Pemurah, bulan 11 tahun yang sama aku conceive semula...dan sampai sekarang, bayiku sihat dalam kandungan..dah 6 bulan, tunggu due pada 27 Ogos 2012...Harapanku dan suami semoga bayi ini sihat (paling utama), sempurna sifatnya, baik akhlaknya, sopan santun peribadinya, soleh, menghormati ibu abah dan semua, dan berjaya dalam hidupnya..Amin...:)

Back to the topic, sepanjang tempoh mengandung kali kedua ni, trimester pertama agak teruk jugak aku mabuk, sampai warded kat hospital, tapi aku sangat happy!!Tersangat-sangat happy!! Encik Suami pulak sangat banyak membantu. Aku bersyukur, dia sangat penyabar dan bertanggungjawab, tiap kali bercakap dengan bayi dalam tummy ni, aku selalu mintak, "Baby, jadilah macam Abah...membesarlah dengan baik macam Abah..." True indeed, he is my husband, a very good husband yet very responsible even sometime he might seems very blur...:) But he's my only man!!Alhamdulillah again, Thank You Allah for these one and a half men You gave me!!!They're my precious.....:)

Encik Suami aka Apit, tak dapat aku gambarkan kehidupanku kalau x ada dia..Lately aku ditimpa pelbagai masalah, aku takkan kuat kalau tak ada dia..bagiku,itulah dia Suami. Dia akan sentiasa ada dalam hati dan fikiran seorang Isteri, sentiasa dalam doa seorang Isteri, dan bila melihat wajahnya, hati sangat tenang walaupun masa tu sangat banyak masalah yang kena selesaikan. Dia sentiasa menjaga keperluanku walau tak diminta, sentiasa bertanya,sentiasa ada bila aku memerlukan. Ya Allah, aku teramat bersyukur dengan kurniaanMu..janganlah Engkau ujiku dengan menarik balik semua kebahagiaan yang aku kecapi kini...Limpahkanlah hati kami dengan kasih sayang....Amin....:)

Siapakah dia seorang SUAMI? Suami seorang yang pasti akan menjaga Isterinya, zuriatnya, membimbing keluarganya ke jalan Allah dan bertanggungjawab..Insyaallah aku yakin pada suamiku dapat membimbing aku dan keluarga dunia dan akhirat.

UMI AZURA LOVE MUAMAR GADAFFI SO MUCH !!!!

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

klik my ADs