PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, December 14, 2010

hidup aku mesti terus...

Date:14 Dec 2010
Time:3.42pm
Venue:Dalam bilik no 3 kat Jalan Gurami 17/29,Seksyen 17,Shah Alam.

Assalamualaikum...rasanya dah lama sesangat aku x update blog ni..nasib baik la still ingat password sbb secara tiba2 tadi hati ni terpanggil nak bukak balik blog ni n write something...
Tup tap..tup tap...dah nak abis tahun 2010...rasa mcm sekejap sgt2 setiap tahun berlalu...Alhamdulillah aku akhirnya temui hidup aku dan akhirnya aku berjumpa bahagiaku..adusss....tiba2 teremo pulak..ya lah,tak lama lagi aku dah nak kawin,akan menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang sangat aku chentai...huhuwaaa......

Tiba-tiba nak bercakap kejap soal jodoh ni....My story..............

1) Masa tingkatan 3, aku kenal dengan sorang budak lelaki ni kat kampung aku...masa tu aku selalu kat kampung..tolong Wan n arwah Atuk jaga kedai pam minyak kampung tu...so aku dengan my beloved cousin (sedih sgt sbb skarang ni mcm dah kontek sgt) Nisyah,anak Paklong, duduk ngan Wan Atuk jaga la Kedai Minyak tu...budak lelaki tu yang bernama Apit selalu naik motor ngan kawan2 dia (yang aku still ingat-->Paly,Amir,Are-a..and sapa ntah sorg lg budak depan umah Wan) suka lalu depan kedai n press2 minyak motor masing...hahaha....Kami mula berkenalan, tukar-tukar biodata..(zaman dulu kan suka tulis biodata..) Si Paly tu ngorat Nisyah..and Apit pulak "ka
wan baik" ngan aku...sebabnya..zaman dulu2,xpandai nak bercinta2 mcm budak2 zaman skang..aku dulu sangat pemalu..hihihi...
Kami berkawan baik,aku,Nisyah,Apit,Amir, dan Paly...kadang-kadang time Wan Atuk pg sembahyang terawih Paly kol umah cakap ngan Nisyah,pastu pass kat Apit then mintak cakap ngan aku...hihihi....nice time,sweet memories.
Balik ke Kedah, aku dgn Apit berbalas-balas surat. Turun bas sekolah terus lari ke rumah jenguk postbox ada x surat dari Apit...kalau ada,tersengih je masuk bilik kunci pintu n cepat2 nak balas surat...tapi,yg peliknya...kami berkawan sgt baik tanpa ada perkataan CINTA. Yang aku tahu,aku sayangkan dia sebagai kawan...aku rindukan dia sebagai kawan..bila di sekolah kawan-kawan bercakap pasal boyfriend masing-masing,aku cerita pasal Apit (kawan lelaki paling baik penah aku kenal)..Kami berbalas-balas surat sampai la aku masuk Kolej Matikulasi Pulau Pinang(KMPP)
Di KMPP,aku dapat rantai dari Apit,tapi aku xpenah tanya kenapa. Masa tu rasanya aku dah sikit matang la compare sekolah menengah tu kan..masa tu hati ni takut tapi happy sangat dapat rantai tu...tapi aku dan Apit still macam biasa,KAWAN.

2. After Matrik,aku di UiTM....baru dapat handphone NOKIA 3310, aku dan Apit selalu kontek guna phone,no more letters. Jumpa kawan-kawan baru, Roomate kat Cempaka 3, Juju,Ira dan Kak Iza..bila kawan-kawan tanya pasal boyfriend,masa tu aku still single..ewahh...mesti aku akan cakap pasal Apit (dia adalah lelaki yang paling baik pernah aku kenal) Masa tu Apit belajar kat seksyen berapa ntah. Masa Juju ajak aku teman dia blind date dengan suami dia sekarang,dia tinggal aku sorang-sorang kat PKNS,aku tepon Apit,Apit datang teman aku...hantar aku balik UiTM naik bas mini...Apit sangat baik...
Hari Raya Aidilfitri, akhirnya Apit sms aku satu malam tu nak declare dgn aku..masa tu happy sgt gila2 punya walaupun xpaham declare tu mcmana. Aku cakap "I do" wahahaha...konon2 laa...
but....after that, something happened. Aku mula rasa aku nak pergi jauh dari dia walaupun aku sangat2 sayangkan dia..Mama dapat tau,aku kena nasihat cukup2..."Bercinta macamana pun,Belajar kena leta
k no 1"....Belajar kena letak no 1,Belajar kena letak no 1...
Aku ambil keputusan, cuma nak BERKAWAN dengan Apit..hanya KAWAN. Apit?Aku tau dia marah,kecewa,sedih dan benci dengan aku,tapi,namanya Apit-->tak pernah sekalipun dia tunjuk yg dia marah,kecewa,sedih, dan bencikan aku...aku pergi....dia pergi...........

3. 1 tahun selepas itu....aku kenal sorang budak Biologi, satu Fakulti dengan aku. Mula berkenalan dengan dia, ada kawan lelaki sekelas dengan aku nasihatkan aku pasal dia. Warning aku yg dia dah ada girlfriend. So aku pun tahu batas aku..masa tu Budak tu yang aku namakan dia KA lah,mintak aku tolong dia dgn subjek Ekonomi (that is one of our minor subjects) sebab masa sem1, aku dah amik subjek tu. So masa jumpa tu dia mula cerita pasal awek dia yang merimaskan
, queen control n byklah yg teruk2..(as usual,aku jz dengar...sbb bg aku ms tu,he jz make that story up)..
Jarang berjumpa,kalau berjumpa pun jz utk study..tp dia ni mmg aku rasa Buaya terlatih ke apa..ada je benda2 sweet yg dia buat utk aku..but still, I know my limit. Sampai la satu hari tu, dia cerita kat aku, yg girlfriend dia tanya dia siapa aku..Aku pun mula la pelik,ape hal pulak aku terlibat sbb si KA ni memang ramai kawan pmpuan.apesal aku pulak?smpai la satu hari tu dia ada cakap kat aku yang dia memang suka kat aku dan dia dah lama putus dengan awek dia tu..tp aku sebenarnya adalah sorg yg sgt susah nk pecayakan lelaki, so si KA tu mcm2 lah dia buat..terus terang, KA tu xde lah seteruk mana.

4. Dipendekkan cerita, masa tu aku xberapa keruan lg sebab asik teringat Apit. Tapi masa tu ada Friendster,sebab Friendster lah aku dan Apit terus jarang kontek lagi. Aku tgk dia dah ada girlfren,comel,cantik,cun...nama Baby.hihihi so aku fikir,he deserves someone better than me. Betul,sebab bagi aku Apit adalah sorang lelaki yang baik. Berbalik pada si KA hampes tu, masa mula2 nak tackle aku tu...punya
aaa laaaaa baik...pijak semut pon tak mati..mulut manis toksah cakapla...maybe berpengalaman kot(hehe) Tapi,tahun pertama aku masih belum dapat btul sayangkan dia,masuk tahun kedua dan ketiga,bila aku tengok dan rasa sikap si KA tu sama dan xberubah,aku mula belajar sayangkan dia. Ya,aku belajar sayangkan dia..Sampai aku betul2 sayangkan dia, dia masih tak berubah. Jadi aku mula lupakan lelaki-lelaki lain dan bagiku, hanya dia sorang yang aku akan sayangi. Dah malas la cite pasal KA yg hampes ni...sbb dia jahat sgt..dayus (yes,dayus adalah perkataan untuk kau,KA) Kenapa?Aku dgn si KA dayus ni putus macam tu je. Ingat lagi masa aku dah mula rasa dia berubah, masa di
a Practical KPLI kat Yan, aku mintak nak bukak puasa dgn dia, dia boleh ckp nak blk Penang, pastu siap pinjam duit kat aku plak tu rupanya nk pg berdating dengan orang lain.
Banyak kali aku mintak putus, si KA ni bagi surat kat aku merayu-rayu..masa tu ialah hari Khamis malam,dia mintak aku jumpa dia siap menangis. Dia janji akan berubah. Fine. Week after that, hari Selasa..aku ke Uniten, dia tgh exam. Dia call aku sentiasa. Kononnya back to normal.Aku sangat bersyukur masa tu..ingat selama ni dia stress belajar ke ape. Selasa malam, still call, smpai Rabu pagi 2.00am, ada misscalled dari KA hampes tu, pukul 6.30 pg, 7.00 pg.8.30 pg smpai 11.00 pg aku call dia x angkat tp still ringing, kol 11.30 pg terus off handphone smpai ke hari ni. And guess what, I still remember everything until now.

5. Owh,lupa nak mention, Si Mangkuk tu dah kawin ye...alhamdulillah. Semoga dia bahagia. Ya,aku ikhlas,sebab walaupun dia tersangatla mangkuknya, dan sedikit dayus (apa la salahnya kalau dah tau or rasa nak putus ngn aku tu cakapla.."kita putus la ye"), tp aku fikir,selama 5 tahun kenal dengan dia, dia baik dengan aku. Jadi aku rasa dengan mendoakan kebahagiaan dia, mungkin dapat membalas kebaikan yang dia pernah buat untuk aku..so....KA!!!!kita 0-0 ok???hope bahagia la ye???:p

6. Rite, tu la cerita tragis aku..lepas aku dah xdengar kabar dari si KA tu, aku sebenarnya agak tertekan...tp xde sapa yg tau mcamana teruk aku tertekan masa tu..yg tau semua2 ialah kawan baik aku, Nurul Azlina Mat Nawi...masa tu,dia sanggup call aku setiap hari xkurang dari 1jam sebab masa tu aku di Kuala Nerang, dia di KL. Aku sebenarnya orang yg sangat secretive pasal perasaan diri sendiri. Sebab tu kawan-kawan kat tempat kerja aku cakap aku sangat tabah bila dalam keadaan mcmtu..padahal malam2 aku xdapat tido..bukan sebab rindu,tp aku tertanya2 kenapa dia sanggup buat mcmtu.
Then,macamana aku bangkit semula? Thanks to Edward Cullen aka Robert Pattinson, thanks to my BFF, Nurul Azlina, thanks to Twilight, New Moon, Eclipse, and Breaking Dawn. And thanks to my Celcom Broadband! But actually not those Twilight Saga that saves me..It is KIM HYUN JOONG!!!(ntah pape a
ku ni...hakikatnya, Allah SWT yang kurniakan ketenangan untuk aku supaya terus lupakan dia, sebab aku pasti yang terbaik masih menanti aku di masa hadapan) at that time la...masa tu,yes,i'm totally forget everything pasal si KA tu..Alhamdulillah..

7. Dalam tempoh aku tengah heal, Apit kawan baik aku tu kontek aku balik..actually masa aku dengan si KA tu memang ada gak Apit call tp jarang2 sebab dia pun dah ada girlfren,tapi lepas aku putus, aku dengar Apit pun dah putus dgn Baby tu...so kitorang kontek lg, tp Apit ada girlfren baru lg...aku happy sebab nampak dia happy..:) tapi,kenapa hati ni mcm xsuka sgt kt pmpuan itu ye??jeng..jeng..jeng....

8. Aku masih setia dengan Kim Hyun Joong...dan aku selalu chatting dan skyping dan YM dengan Apit...aku rindukan dia!!!rindukan zaman kami remaja dulu...tahun 2009,dalam bulan 10..aku di Uniten marking paper,kami berjumpa semula sebagai kawan..Tapi...kenapa aku ada perasaan itu lagi???sedangkan aku tahu dia dah lama lupakan aku....but still,Umi is Umi...cover perasaan adalah
bakat terpendamnya...Tapi, masa tu Apit ceritakan semua kisah2 dia,mcamana dia survive masa aku pergi dari dia (rupanya bakat terpendam dia iaitu sembunyikan perasaan lagi hebat dari aku)...aku menangis dalam hati. Betapa aku tidak tahu tentang perasaannya..Tapi aku masih sembunyikan perasaan aku terhadap dia..

9. Layan lagu Korea kumpulan DBSK-Why Did I Fall In Love With You?Itulah lagu aku dan Apit sebenarnya..maksud aku,bila baca translation lagu tu...Aku mula rasa yang Apit masih ada perasaan dengan aku..atau perasankah aku??perasan ke aku nii???

10. Hanya satu jalan bila hati,perasaan, dan fikiran mula tidak seimbang...Istikharah-mintalah petunjuk dari-Nya...
Allah Maha Besar...hati aku sangat kuat dengan Apit. Tersangat-sangat kuat. Aku di Langkawi bersama kawan baik aku Nurul Azlina, malam itu, Apit akhirnya berterus-terang dgn aku...Aku tersangat2la sebaknya..rasa mcm nk terjun je apartment Mara tu..di situlah bersambungnya kembali kasih yang pernah terputus....tapi bagi aku bersambungnya kasih itu kali ini,adalah yg lebih kuat dari sebelumnya..Dan biarlah selama-lamanya...Amin....
12Sept2010, aku bertunang dengan Muamar Gadaffi bin Salim AKA Apit... itulah yg dikatakan jodoh...Alhamdulillah...dan majlis kami akan berlangsung insyaallah pada 5 February 2011. Semoga aku memperoleh kebahagiaan yg tidak terhingga di dunia dan di akhirat..Amin...


**A special thanks to my beloved friend, Nurul Azlina Mat Nawi coz she's always been there for me especially when I'm in deep trouble. Sharing problems with u that only me and u know our stories really sparks me up..I pray for your happiness my dear friend, May Allah reward u a VERY KIND man that can protect u forever. Amin...


Monday, February 22, 2010

seharian di hospital

Time:12.00pm
Venue: 6B ward Hosp Besar Sultanah Bahiyah
Date: 21 Feb 2010

Yo!!skang sedang menanti mama keluar dari operation theatre..hummm...cmana la agaknya mama skang..mesti sakit sgt2 kan?actually mama masuk wad semalam utk operate mata hari ni..mata tu beb..satu organ yg sgt penting...cuba la bygkan ms dalam OT tu mata kita kna sengkang pastu biji mata ni kena cucuk n hiris dgn pisau..aduihhhh.....semoga mama selamat dalam bilik bedah tu....
sepanjang hari aku kat sini,aku jz tgk gelagat org2 dalam ni...satu ruang ni ada 4org yg sama kes dgn mama...sebelah katil mama,ada sorg awek India..muda lagi...mebi lagi muda dari aku...kesian aku tgk dia..mata dia kena katarak,pastu rasanya kena pnyakit tarik ka apa...jadi senget skit anak mata dia....oleh sebab aku ni peramah orgnya,td aku p la bsembang ngn papa dia...papa dia pulak dok bcerita kat aku pasai anak dia tu dari awai smpai abeh...aku ni plak bukannya paham sgt dia pny melayu+tamil dia tu...so aku jz angguk2 geleng2 je lah.....dah bosan aku bgosip ngan ane tu,aku usha plak makcik kat ujung sana tu...nama dia Che Som bt Mat..aku tgk dia dah pakai aksesori lanun(lepas kena operate mata yg kna bedah tu dwajibkan pakai aksesori lanun tu)comey sgt tgk dia...hehehe....tp makcik tu rilek ja,cm x sakit ja aku tgk dia...agaknya sronok kot duduk kat spital ni....aku p jugak bsembang dgn dia...tny dia sakit ke x (walopun aku rasa tu la soalan paling bodoh utk dtanya lam hospital ni) yg peliknya...dia kata x sakit sgt pun...rasa cm ada semut gigit bijik mata ni ja.....(*__*) nak mati aku dgt ayat penyataan dia tu....cmtula nnt mama akan rasa...hukk...mama,harap bsabar nnt ok.....i'm with u...cewaahh...
ok,dah settle aku interview makcik Som tu,aku bgerak plak kat katil seblah dia...sorg makcik yg bg aku,masa muda2 dulu dia ni mesti ratu cantik....sbb muka dia comey sgt...bdn dia walopun dah tua,tp ttp slim..hehe....aku pon mula la tebiu dia...sbb dr smlm aku tgk dia sorg2...ksian kat dia...aku pun bmula..."Makcik nama apa??"............tanpa mengambil banyak masa utk mjawab soalan aku,dia terus mjawab,"panggil la makcik Jah"...dan dgn itu maka bmulalah sesi ceramah aku di Hospital ini....makcik jah tanpa mengenal erti penat dan lelah terus menerus bcakap tanpa henti....aku rasa kalo ada kawan maraton bcakap msti makcik jah ni akan mngungguli tempat pertama.....smpaikan ada nurse tu gelak2 kat aku sbb aku dah xtau nk wat muka cmana dah dpn makcik tu...kalo aku ttidoq satg org kata xsopan plak.kalo aku wat muka bosan org ckp aku kuang hajaq pulak////emm...last2 aku ckp kat makcik jah tu,dgn penuh tatatertib dan kesopanan,"makcik,Umi nak p toilet sat naa...." dan tanpa berlengah lagi dia mjawab "ha...p lekas...nanti hg tkencin plak kat sini..toilet tu seblah sana.....jgn dok kona kiri...kiri tu laki punya.....pastu hg tgk....bla..bla...bla...."
nasib aku baik sbb mata dia dah pakai aksesori lanun jadi,dia xprasan aku tipu dia...wahaha...ptama kali aku rasa bangga dapat tipu org tua....
opsss...mama pun dah balik...alhamdulillah semua selamat......2jam operation....huh...harap2 lepas ni mata mama terang kembali...amin.....

Friday, February 12, 2010

akan kulakukan semua ini sebelum tamat riwayatku sebagai seorang Umi Azura


ada byk benda yg aku rasa nak buat kbelakangan ni...harap sangat aku dapat buat semua ni b4 minat aku beralih ke arah len...:)

1. Belajar main piano
Kenapa aku nak sgt blajar main piano??hmm...susah nk jawab soalan ni...sbnarnya masa aku kcik2 dulu..time skolah rendah,aku minat sgt nk main piano,bila tgk kwn2 ada yg pndai main lagu twinkle2 little star guna piano...aku plak jz pandai tiup recorder je...tringin la sgt2 nk pandai main piano...n byk2 instrument,aku cpt tertarik dgn bunyi piano..bleh tangkap lalok bla dgr bunyi piano...tp aku ni basic pn xdak!!jadi dgn itu,aku akan cuba jugak blajar main piano....(^__^)

2. Belajar main guitar
Haa...yg ni pengaruh si Taylor Swift yg hebat tu...kagum gila aku tgk dia dgn slamber main guitar smbil nyanyi rilek je...arghhh!!!aku sgt suka.....lagi pun sbnarnya aku suka sgt lelaki yg pandai main guitar,n aku slalu brangan ada sorg lelaki yg leh bdiri dpn aku smbil main guitar,n nyanyi utk aku....hihi...jd oleh sbb aku tau xkan ada lelaki yg mcmtu utk aku,so aku decide nk blajar sniri...adik aku pnh nyanyi smbil main guitar utk aku...tp...emmm.....x feel beb...(*__*)

3. Belajar Bahasa Korea
isk..isk..isk...yg ni mmg dah lama simpan niat ni tp xpasti la bila kala nk blajar bahasa korea ni...aku try baca lirik2 lagu korea pn dah tbelit2 lidah aku apatah lagi nk bcakap bahasa dia..tp aku akan belajar jugak bahasa Korea ni memandangkan aku dah tahap gila meroyan dengan mamat korea si Kim Hyun Joong tu,n aku slalu tgk video2 dia (n punya la tahap kronik aku ni..yg xdak subtitle pun aku bantai tgk jugak memandangkan ada muka Hyun Joong tu) konkrit kan alasan aku nk blajar bahasa korea??akan kupastikan aku bleh bcakap bahasa Korea..yezza!!!(^o^)

4. Start melukis balik
Emm....ni hobi aku dari kecik lagi...aku suka melukis and mwarna...tp x pandai sgt pun...jz hobi...aku nak p kat tempat2 yg ada scenery yg cantik n lukis and warna spuas ati aku...aku nak ada life yg happy blk...mmg aku nak sgt2 enjoy life aku skang ni...lupakan smua benda2 teruk yg tjadi kat aku sblum ni bak kata Hyun Joong-->Life is one Shot!!(^__^) n melukis mmg dapat buat lupa smua tu cuma skang ni xdak masa....akan kupastikan masa tu tiba....insyaallah...

5. Travelling
Yang ni mmg need time la kalo aku nak buat sbb 1st,kna ada byk wang...hehe...yg plg penting...duit!!!kalau xde duit ckp byk pun xguna....2nd,kna ada teman.memandangkan aku ni sorg yg penakut maka aku mmg perlukan teman.dua tu je yg penting bg aku kalo nk travelling.n aku nak p tempat2 yg cantik n tangkap gambar byk2..destinasi yg aku nak p-->dalam malaysia adalah sabah n sarawak...luar malaysia-->mekah of coz,new zealand,jepun,korea and byk la lagi kalo bleh satu dunia aku nk p..(^__*)

Tu je lah buat masa ni benda2 yg aku teringin nak buat sebelum aku mati...harap2 aku dapat buat semua2 ni nanti...Gambatte Umi Azura!!!!!Gambatte!!!~

Saturday, February 6, 2010

setelah hampir 26 thn...

oktober 2010,genapla umo aku 26 thn....tp apa yg berlaku kat aku skang???aku pun xpasti....kdg2 rasa mcm nk stopkan masa.....aku nk patah blk masa umo aku 21thn....xtau la knapa aku nk cmtu....tp mmg aku naaaakk sgt2 umo aku 21thn balik....
lately...aku ngn bff aku,Nurul Azlina Mat Nawi, dah jadi cm budak2 skolah...lol....pk2 balik,knapa la mcm xmatang sgt aku ngn kawan aku sorg ni..ktorg minat idol korea...nsb baik xbrebut....mksudnya aku minat org lain,dia minat org lain....
Kim Hyun Joong....rasanya tiap2 hari aku akan google pasal dia....xpun aku akan mngadap smua reality tv show yg dia join...apa yg mnarik kat KHJ ni...emmm....aku pn xpasti....mcmni la....aku skang mmg perlukan smthing utk distract aku drpd pk benda2 yg useless blaku dalam hidup aku...then,aku blajar la minat pelakon2 korea mcm kawan baik aku ni...n skng ni mayb aku dah start addicted dgn si kim hyun joong ni....walopun tau dia xkan penah knal aku...tp suka ati aku lah...aku suka dgn sikap dia yg sgt relax...mayb aku ni cpt tertarik ngn lelaki cm dia kot...sapa2 yg jz tgk dia blakon lam boys over flower mmg rmai yg ckp dia ni lembut la...apon laa....bapuk laa....tp sbnarnya dia ni sgt LELAKI....rebellious student ms skolah...(tp dia xkacau org laa..)pnh lari dr rumah sbb nk jd pnyanyi,pastu ms lam kumpulan dia-->ss501,mmg nmpak la dia ni leader yg 4ekor yg lembik tu...**haha...smpai cmtu aku minat kt dia....**
pasal bff aku plak si azlina tu....dia ni minat sgt ngn Nichkhun dr kmpulan 2pm...mamat tu org thailand tp jd idol kt korea...lol...kami slalu puji idola msg2-->kdg2 bila aku sensorg mcm skang ni...aku msti tgelak sbb kami msg2 akan crita pasal si kim hyun joong n nichkhun tu tanpa mengenal erti penat lelah....hahaha.....konon2nya tu la pakwe kami bdua ni....
26 tahun,salahkah bsikap mcmni???dulu aku x mcmni....tp stelah aku btul2 kecewa dgn sseorg tu...adeh...nk bukak ati ni balik.....SUSAHNYAAAAA!!!!!!!biarlah aku hidup dgn bayang2 kim hyun joong...bcinta dgn lelaki yg x penah tau kwujudan aku,confirm xkan buat aku kecewa...hihihihi.....

dalam klip ni la kim hyun joong cinta hatiku...tapi lagu ni mirotic-dbsk...kehkehkeh...sgt x matured aku ni......xpa lah...aku suka jugak...rasanya dia ni kalau bcinta,mesti syg gila2 dgn awek dia....**dah cnfirm2 la aku xkan brangan jd awek dia**heheheh......
emmmm......ramai yg xkan penah paham apa yg aku dah lalui dulu....org nampak mcm aku suka main2 bila bcinta....x setia....tp hakikat sebenarnya...aku yg dkecewakan...dan aku jgk yg blum dpt pganti...xpa lah,smua tu aku dah lupakan,org tu pun tgh bahagia di dunia ni..(^___^)
aik...tetiba plak luahkan perasaan kt sini...bg sapa2 yg xkenal sapa kim hyun joong,ss501,nichkhun,bleh la start google skang....tadaaaa........~

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

klik my ADs