09122011
Assalamualaikum..
Lama sungguh rasanya tak update blog ni. Bukan apa, lately rasanya sangat2 sibuk dengan kehidupan yang semakin mencabar, maklumlah usia dah makin meningkat dan makin banyak benda yang kena fikirkan dan sekarang pula bukan lagi masalah seorang dah berganda menjadi dua. Alhamdulillah, pada bulan Februari tahun ni aku dah selamat menjadi isteri yang sah kepada suami, Muamar Gadaffi bin Salim yang sangat penyayang, baik hati, comel, kacak,hensem, bergaya,tinggi, bermutu, berilmu, soleh, membimbing aku dengan baik, tak pemarah, dan macam-macam lagilah! Hehehe....Ni ada sikit gambar2 kahwin dua belah pihak.
|
tunggu nak makan... |
|
Pak Qosyed and future wife, Nadiah |
|
depan umah warisan |
|
with beloved students...and sis yang lompat senget kepala tu..hihihi |
|
bersanding |
|
bride |
|
kota marina |
|
bride & groom |
|
lagi kota marina |
|
akad nikah, baju coklat,baba. |
|
with besties, Syarifah Noorzatul Iqmar, Nurul Azlina Mat Nawi, Nor Salwani Saad |
|
pengapit; kakak ipar, Siti Hajar Hashim,mama Arieq Iskandar |
Alhamdulillah Allah SWT menganugerahkan aku seorang seperti dia, aku terlalu bersyukur. Dalam pada itu aku tahu aku sedang dalam proses peralihan fasa hidup ke arah kedewasaan. Perlu menjadi lebih matang dan lebih berhati-hati dalam segala keadaan.
Bulan Jun hari ke 13, dalam aku masih dalam kekecewaan dan kesedihan sebab keguguran, aku dibawa suami menunaikan Umrah di Mekah dan Madinah. Alhamdulillah, rezekiku untuk menjadi tetamu Allah di bumi barakah Mekah sangat2 membuatkan aku terpegun dengan Kekuasaan-Nya..mengimbau kembali sejarah Nabi2 kita,hmm....betul2 membuatkan aku sayu dan jatuh cinta dengan bumi itu...melangkah kaki ke Masjidil Haram, AllahuakbarMelihat Kaabah, Subhanallah... Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata, dan itu adalah tempat yang akan aku pergi lagi jika ada rezeki yang mencukupi, definitely, Madinah al-Munawwarah dan Mekah al-Muqarramah. Di bawah sedikit gambar perjalanan dan semasa menunaikan Umrah.
|
Dubai Airport yang sgt canggih |
|
en suami |
|
en suami dan sy |
|
View dari dalam bilik boleh nampak Masjid Nabawi, Madinah |
|
Madinah |
|
Masjid Nabawi, Subuh |
|
Masjid Nabawi, last day di Madinah |
|
Madinah |
|
Jam Besar, Makkah |
|
Pasar di sekitar Mekah |
|
En Suami dah botak |
|
Kaabah kiblatku |
|
Masjidil Haram |
|
No bilik |
|
Inai Mekah |
|
Perjalanan |
|
Muzium |
|
Tempat letaknya Hajarul Aswad |
|
Ladang Unta |
|
Padang Pasir |
|
Susu Unta, rasanya x lemak sangat dan masin je sikit. |
|
Di Jabal Rahmah |
|
Ini la Jabal Rahmah, tempat pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa |
|
Laut Merah, Jeddah |
|
Hehehehehe... |
|
Di Jeddah. Transit sebelum bertolak semula ke Dubai |
|
Nice view with En Suami yg kepala sgt berkilat. hihihihi..... |
Bercakap semula mengenai kedewasaan, rupanya semua manusia normal akan dengan sendirinya menjadi dewasa. Apa yang aku boleh katakan sekarang ialah salah satu petanda yang kita semakin dewasa adalah banyaknya masalah yang perlu dilalui. Semakin banyak keputusan yang perlu dibuat. Aku sendiri sedang dan telah melalui jalan-jalan yang bercabang dalam hidup aku. Keputusan yang dibuat bukan 100% betul tapi bila kita dapat menggunakan akal yang diberi, sentiasa ingat, setiap apa yang berlaku tidak pernah tidak ada hikmahnya. Cuma cepat atau lambat kita terlihat segala hikmah yang akan berlaku. Hidupku kini, juga bukan 100% gembira, tapi yang aku yakin adalah, aku ada Dia, aku hamba-Nya, Dia pasti tidak akan membiarkan aku terus-terusan menghadapi kekecewaan. Insyaallah. Amin.
No comments:
Post a Comment